Gadisku idamanku, 5 waktu sehari,tidak sesekali leka dia beribadah pada yang maha esa. Rambut hitam pendeknya dan coklat,warna anak matanya. Dia,Penuh dengan kesabaran,menghalang ku dari kesesatan. Dia, Menjadi impian. Seperti permata yang telah hilang dijumpa, Kasih sayangnya pada ku tak akan ku lupa.
Tak sebeberapa tinggi tetapi, harapan ku sangatlah tinggi pada seseorang yang telah bersamaku hampir setahun, Ingin ku mohon,agar kita dua bersama. Hanya dia, Tiada yang lain yang boleh menganggu isi hati ku.
Kehadirannya membuat ku terpaku,Mulut tergamam dan diam di situ. Tak mungkin ku hampa
Tidak terasa malu bila membuat sesuatu,Rasanya sebegini. Seperti dia dan aku seorang insan di bumi. Senyuman bertukar menjadi ketawa. Memandangkan wajah dia yang indah ku terasa rendah diri..
………….
Terbayang-bayang, Wajah dia di minda ku, Pertama kali ku bertentang mata. Tidak pernah terasa. Isi hatiku ini sekarang telah diperkosa. Dimanakah dia bila ku sudah matang,Dengan siapa kah dia bila tiada gadis mendatang. Ku berasa hampa. Sudah hilang sesetengah masa berlengah dengan sesiapa. Inginku, Mengabaikan diriku pada dia.
Orang yang telah mengubah cara hidup ku yang terlena. Bertimbang rasa. Ku rasa bersimpati, Dengan cara hidup mu sebegini. Inginku menjadi seorang yang berjuang untuk dirinya yang bakal menjadi isteri. Akan ku ke akhir jalan hanya biar ku buktikan.. Bahawa akan ku lindungi dia dari sasaran dicedera,derita dan perkelakuan yang menghina.
Air mata berlinangan,Bila ku terbuat kesilapan, Tertekan. Hati ku terhoyang-hayang antara kita berdua biarkan perjalanan melayang. Terasa kasih sayang. Yang suci lagi indah dan murni lagi mesra, fikiran ku terkeluar dari konsitrasi terus ke hubungan ini, Membayangkan wajah mu setiap kali kau tiada di sisi. Ku ngaku, Alangkah indahnya kau bersama ku setiap detik waktu…